Monday 1 August 2011

JOM BACE JAP......

Syukur alhamdulillah, akhirnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menunaikan tanggungjawab besar kepada pesakit beragama Islam yang terlantar di hospital. Buku ini sangat berguna bagi pesakit dan juga penjaga pesakit yang tidak tahu atau tidak mempunyai pengetahuan bagaimana menunaikan ibadat solat ketika mereka terlantar di hospital.
Buku kecil ini menunjukkan cara-cara pesakit boleh menunaikan solat. Ia memberikan petunjuk dan gambar untuk menerangkan kaedah berwuduk dan bertayamum untuk bersolat walaupun dalam keadaan sakit.
Ramai orang Islam yang memandang ringan amalan solat apabila mereka sakit atau terlantar uzur. Ada yang berpendapat mereka tidak perlu menunaikan solat dalam keadaan sebegitu. Islam merupakan agama yang meringankan umatnya dalam menunaikan ibadat termasuk solat.
Walaupun sakit dan terlantar serta uzur, mereka masih boleh melakukannya dengan mudah. Islam memberikan banyak kelonggaran dalam keadaan begitu. Soalnya pada zaman moden ini, berapa ramaikah yang tahu?
Solat ialah tiang agama. Oleh itu tiada siapa yang boleh memberikan alasan mereka tidak mampu mengerjakan solat. Buku ini menerangkan secara tulisan dan gambar pelbagai kaedah solat dan dengan pelbagai cara yang boleh dibuat oleh pesakit. Ia juga menerangkan tentang aurat solat, pakaian pesakit, cara solat sambil duduk, duduk di atas kerusi, di atas katil, mengiring dan solat terlentang.

No comments:

Post a Comment