Monday 1 August 2011

Tiada alasam meninggalkan solat





ermm meh tambah lagi..tengok orang lain camner susah pun akan cuba utk solat..so kita yang senang lenang ni jangan tinggal solat..




Tak pernah terlintas dalam fikiran kudo pun sembahyang dalam laut selama ini, Jelaslah tiada alasan untuk meninggalkan solat.




JOM BACE JAP......

Syukur alhamdulillah, akhirnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menunaikan tanggungjawab besar kepada pesakit beragama Islam yang terlantar di hospital. Buku ini sangat berguna bagi pesakit dan juga penjaga pesakit yang tidak tahu atau tidak mempunyai pengetahuan bagaimana menunaikan ibadat solat ketika mereka terlantar di hospital.
Buku kecil ini menunjukkan cara-cara pesakit boleh menunaikan solat. Ia memberikan petunjuk dan gambar untuk menerangkan kaedah berwuduk dan bertayamum untuk bersolat walaupun dalam keadaan sakit.
Ramai orang Islam yang memandang ringan amalan solat apabila mereka sakit atau terlantar uzur. Ada yang berpendapat mereka tidak perlu menunaikan solat dalam keadaan sebegitu. Islam merupakan agama yang meringankan umatnya dalam menunaikan ibadat termasuk solat.
Walaupun sakit dan terlantar serta uzur, mereka masih boleh melakukannya dengan mudah. Islam memberikan banyak kelonggaran dalam keadaan begitu. Soalnya pada zaman moden ini, berapa ramaikah yang tahu?
Solat ialah tiang agama. Oleh itu tiada siapa yang boleh memberikan alasan mereka tidak mampu mengerjakan solat. Buku ini menerangkan secara tulisan dan gambar pelbagai kaedah solat dan dengan pelbagai cara yang boleh dibuat oleh pesakit. Ia juga menerangkan tentang aurat solat, pakaian pesakit, cara solat sambil duduk, duduk di atas kerusi, di atas katil, mengiring dan solat terlentang.

Sunday 31 July 2011

video tayamum (2)


Debu Tayamum

Tanpa kehadiran air, konsep yang sama matlamatnya seperti penggunaan air ialah Tayamum. Rahsia dan Hikmah terbesar melakukan tayamum dari segi saintifik ialah supaya bahagian yang disapu dengan debu itu nanti akan menerima kehadiran miasma yang amat bermanfaat untuk kesihatan dan kebersihan tubuh.
Zaman serba moden, hampir semuanya boleh dikormersialkan bagi tujuan kemudahan. Debu tayamum yang dikomersialkan terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif untuk menyahkan sebarang mikroorgaisma di dalam debu tersebut. Akibatnya tidak akan wujud sebarang miasma di dalam debu komersial seperti yang boleh diperolehi secara semulajadi. Tetapi yang lebih bahaya ialah kesan pensterialan radioaktif akan meninggalkan kesan radioaktif gelombang jarak jauh (sinaran gelombang gamma) yang amat memudaratkan sel-sel dorman tubuh manusia.

Debu Tayammum di pasaran

Tuesday 19 July 2011

HIKMAH TAYAMUM

1. Kemudahan kepada umat Islam yang uzur.

2. Membuktikan agama Islam itu mudah dan mampu dilaksanakan.

3. Pentingnya ibadah solat.